Sunday 9 February 2014

Hani Sumayyah

Dah lama tak update blog ni. Maklumlah, cuti bersalin. Dengan blog-blog skali cuti.

Bercakap pasal bersalin. Munji nak share sikit pasal anak kelahiran anak sulung Munji ni. 

Alhamdulillah, tanggal 11 November 2013 jam 8.45 mlm (estimate jer) baby Munji telah selamat dilahirkan di Hospital Serdang. Tarikh jangkaan bersalin sepatutnya 16 November 2013, tapi disebabkan Munji ada problem sikit, doktor nasihatkan Munji untuk induce awal seminggu. Reason, nak elakkan complication pada kesihatan baby.

10 November 2013
 Seperti temujanji, Munji dan suami pergi ke Patient Admitance Centre (PAC), Hospital Serdang. 
Dipendekkan cerita, pukul 10 pagi, Munji didaftarkan masuk wad 5E. 

Pendekkan lagi cerita ni....
11 November 2013
Lepas solat Subuh, doktor yang bertugas memeriksa "bukaan". Alhamdulillah dah 3cm. Berkat Munji jalan banyak-banyak lepas solat tadi. 

"Ok. You tak payah induce. Dah buka 3cm. Banyakkan berjalan. Mudah-mudahan mudah bersalin nanti yer." Huh lega. Kata-kata dokto membuatkan Munji jadi bersemangat sangat nak bersalin secara normal. 

Dari pagi sampai petang, Munji asyik jalan-jalan dengan harapan "bukaan" makin cepat. Makin lama tunggu, takut perasaan happy nak bersalin bertukar pulak jadi takut. Hah, mulalah nak fikir yang bukan-bukan. 

Lebih kurang pukul 4.30 petang, suami Munji datang. Masa ni Munji dah rasa semacam. Sakit tu macam nak teran buang air  besar. Tapi masalahnya, nurse pesan dah, jangan teran. Takut terkeluar benda lain. Jadi satu hal pulak nanti. Hish.

Doktor perempuan datang check Munji yang sedang terkulat-kulat kesakitan di atas katil. Dah 5cm katanya. Beberapa minit lepas tu, Munji dibawa oleh dua orang nurse muda ke dewan bersalin. 

Masa ni kritikal yang amat. Sakit tu sekejap-sekejap datang. Munji baring di katil khas tempat orang bersalin. Seorang nurse yang agak berumur datang. Dia ingin memeriksa bukaan. Tanpa sengaja, aku termarahkan dia gara-gara terlalu sakit. 

"Puan, kalau puan tak bagi saya check, puan bersalinlah sendiri." Nah, aku pulak yang kena marah. Masa ni kesakitan tu tak terlalu terasa. Jadi spontan Munji meminta maaf daripadanya. Mujurlah nurse tu berpengalaman. Mesti dia dah masak sangat dengan bakal-bakal ibu yang panik macam aku ni. 

Still 5 cm katanya. 

Beberapa minit lepas tu suami Munji datang. Sedar tak sedar sakit tu datang makin kerap. kejap-kejap je rasa. Perit betul. Doktor ada berpesan supayang meneran selagi belum diberitahu. Tapi sakit punya pasal sampai Munji tak boleh nak control. Munji terteran jugak. Huh, kritikal betul time ni. Banyak kali push tapi tak keluar-keluar jugak. Masa ni Munji sedar yang Munji dah dikelilingi oleh ramai doktor dan jururawat. 

"Doktor, kalau perlu operate, operate je lah. Saya dah tahan ni! " Munji menjerit pada doktor. Entah berapa kali Munji dah tertendang doktor-doktor tu meskipun kaki Munji dah diikat. Suami Munji pun kena marah. 

Ya Allah, peritnya dugaan nak bersalin ni. 

Tap. Tap. Tap... Errrr. Doktor mula menggunting untuk memudahkan Munji meneran.

Ok. Push. Push. Push. Huh. Alhamdulillah. Akhirnya segala keperitan hilang tatkala suara baby kedengaran. Hampir menitis air mata Munji bila doktor meletakkan bayi di dada Munji.  Suami Munji jelas kelihatan wajah terharunya. Nak nak pulak sebijik ikut muka dia. Lagilah dia seronok.

ALLAHUAKBAR. 

Begitulah Hani. Susah benar ibu nak lahirkan Hani. Jadilah anak yang solehah dan membahagiakan. Saat itu, Munji sedar. Betapa besar pengorbanan ibu.








Thursday 22 August 2013

Posting First Job - Jabatan Teknologi Maklumat Hospital Serdang

22 Ogos 2013
Hari ni hari kedua saya mula melaksanakan tugas sebagai PPTM di Jabatan Teknologi Maklumat di Hospital Serdang. Itu pun setelah dua hari berada di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya untuk mengambil surat penempatan.  Mujurlah saya ditempatkan di negeri Selangor. Tak payah susah-susah fikir untuk pindah rumah lagi.

Syukur, lebih kurang pukul 10 pagi melaporkan diri di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di Shah Alam semalam (21 Ogos 2013), officer tu terus keluarkan surat penempatanku di Hospital Serdang. Kelewatanku lapor diri sekaligus menutup peluangku untuk dapat penempatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Hmm, by the way, saya lewat sebab sesat jalan. Hmmmm, letih betul. Kesian bonda mertuaku yang amat mengharapkan aku dapat posting ke sana. Hmmm, sorry mom. Allah lebih mengetahui hikmahnya.

Environment di ITD, Hospital Serdang nampak best. tak terlalu ramai orang. Semuanya mesra alam.

Bila menjejakkan kaki ke sini, satu perasaan aneh menyelubungi diriku. Yang pasti, itu bukan perasaan gembira seperti kebanyakan orang menjelang hari pertama lapor diri. Ianya satu keinsafan yang sukar aku perkatakan. Bila mana terserempak dengan pesakit-pesakit yang berbagai-bagai rupa, aku jadi terbanding diriku dengan mereka. Untungnya aku. Sihat dari pelbagai aspek. Mampu bergerak untuk mencari bukan sesuap, malah bersuap-suap nasi untuk keluargaku. 

Saat itu, terbit di hatiku mengharapkan agar aku dapat menjadi pekerja yang lebih bagus dan dapat menyumbangkan sesuatu kepada organisasi. Mudah-mudahan ianya jadi ibadah yang dapat saya persembahkan kepadaNya kelak.

Thanks Allah for sending me here..  

Wednesday 21 August 2013

Gambar Perkahwinan Munji

Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tak langsung untuk menjayakan majis perkahwinan Munji dengan suami. Semoga kalian semua mendapat ganjaran setimpal dari Allah berkat membantu Munji dan suami untuk mendirikan masjid. Aminnn..

Di bawah ni, Munji letakkan beberapa foto perkahwinan Munji. 

 






26 Oktober 2012 - Majlis Akad Nikah 
di Masjid Qariah Seri Ampangan Nibong Tebal (Masjid Putih)






27 Oktober 2013- Majlis Perkahwinan di Rumah Munji

 



11 November 2012 - Majlis Bertandang ke Rumah En. Suami..

Konvokesyen Ijazah Pertama

Alhamdulillah.Tanggal 20 Mei 2013, saya selamat disahkan oleh universiti kesayangan saya iaitu UiTM sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Sitem Maklumat. Tahniah juga kepada sahabat baik saya Nor Hafizah binti Mohd Yusoff. Terima kasih kepada semua guru, pensyarah di UiTM Merbok dan UiTM Shah Alam yang telah mengajar saya. Semoga ilmu ini menjadi panduan amalan sebagai bekal di hari akhirat kelak.



Bersama pendorongku yang utama - Encik Suami tersayang







Monday 29 July 2013

Aurat atau Fesyen?

SEBAGAI orang Islam kita bangga melihat semakin ramai kaum wanita memakai jilbab atau tudung menutupi kepala mereka. Pelbagai ‘fesyen’ dapat dilihat.



Kewajipan memakai jilbab ini ditegaskan melalui firman Allah: Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka menutupi jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Ahzab: 59)

Sesungguhnya memakai jilbab bukan sahaja menunjukkan dengan jelas identiti seseorang wanita muslim tetapi juga mampu memelihara mereka daripada tatapan mata liar sehingga mereka tidak diganggu sekali gus memastikan kesucian mereka terpelihara.

Namun dalam keghairahan kaum wanita Islam memakai jilbab mereka juga harus memahami bahawa jilbab bukan sekadar pakaian menutup tubuh sahaja. Mereka juga harus memastikan ia benar-benar mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam.

Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dalam kitabnya, Jilbab Al-Mar'ah Al-Muslimah menyebutkan lapan syarat jilbab syarie iaitu:
  • Menutup seluruh tubuh, kecuali muka dan telapak tangan.
  • Bukan untuk tabarruj (bersolek) yang boleh menyebabkan pandangan mata tertuju kepadanya.
  • Bahannya diperbuat daripada kain yang tebal dan tidak nipis.
  • Kainnya longgar, tidak ketat dan tidak membentuk lekuk tubuh.
  • Tidak diberi memakai minyak wangi seperti mana peringatan Rasulullah s.a.w.: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan kemudian berjalan di hadapan orang ramai dan mereka menghidu baunya, maka dia adalah penzina.
  • Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  • Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir.
  • Bukan memakainya kerana untuk mencari populariti. Ia sesuai dengan peringatan Rasululullah melalui sabdanya: Barang siapa mengenakan pakaian untuk mencari populariti di dunia, nescaya Allah akan memakainya dengan pakaian kehinaan pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.
Hakikatnya, mungkin ramai di antara kaum wanita muslim menganggap ia syarat yang agak berat apatah lagi kepada mereka yang ternyata sudah memakai jilbab tetapi melanggar syarat-syarat di atas.


Sesungguhnya, jika seseorang wanita itu berhasrat menjadi seorang muslimah syarat berkenaan tidaklah begitu sukar kerana dalam pelaksanaan syariat Islam tidak ada perkara yang sukar sebagai mana firman Allah: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. (Al-Baqarah: 185)

Atas sebab itu dalam soal menutup aurat ini, Rasulullah dengan tegas mengingatkan bahawa, Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan melentuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.

Oleh itu, sekadar bertudung semata-mata kerana kehendak semasa bukan kerana kesedaran atas tanggungjawab sebagai seorang muslimah, masih belum mencukupi. Kita tidak berhasrat mempertikaikan niat seseorang wanita yang memakai tudung tetapi sekadar ingin mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab untuk menjadi muslimah sejati adalah satu perkara yang wajib dan amanah yang perlu dilaksanakan.

Bertudung tetapi melakukan banyak perkara yang dilarang Allah sudah pasti tidak bermakna.
Cubalah lihat sekeliling kita bagaimana sesetengah mereka yang berpakaian sedemikian tetapi tidak mencerminkan keperibadian muslimah sebenar.

Lintang pukang

Oleh itu apabila seseorang wanita Islam membuat keputusan memakai tudung atau berjilbab ia harus memastikan ia bukanlah sekadar satu hiasan lahiriah semata-mata. Ia hakikatnya satu langkah ke arah untuk mewujudkan jati diri sebenarnya mereka sebagai muslimah. Janganlah sekadar memakai jilbab kalau solat dan ibadat lain masih ‘lintang pukang’.

Malahan mereka juga perlu membuang sifat-sifat tidak elok seperti meninggikan suara, mengumpat, mencampuri urusan peribadi orang lain dan suka melakukan perkara-perkara maksiat. Inilah keadaan yang berlaku di sekeliling kita sekarang. Kita melihat ramai wanita Islam yang berjilbab tetapi sejauh manakah mereka memikirkan bahawa bertudung itu tidak semestinya menutup aurat.


Maksudnya, kepala sahaja bertudung tetapi mereka masih melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam sama ada dari segi perbuatan dan tata cara berpakaian. Allah menetapkan peraturan dalam soal menutup aurat dan mereka yang terlibat tidak harus mengatakan bahawa adalah hak mereka untuk menentukan haluan kehidupan mereka.

Kenyataan seumpama ini bertentangan dengan firman Allah yang bermaksud: Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (Al-Ahzab: 36)

Justeru selagi masa masih ada dan di saat Allah masih memberi kesempatan kepada kita untuk membentuk diri menjadi muslimah sejati maka rebutlah kesempatan yang suntuk ini.

Janganlah menganggap bahawa masa sentiasa ada untuk kita bertaubat dan kembali ke jalan Allah. Ingatlah kematian yang menjemput manusia tidak mengira umur, masa dan ketika.

Buffet Ramadhan

Kali ini saya ingin tulis sesuatu tentang buffet Ramadhan. Tahun 2011 yang lalu, saya pernah menghadiri majlis berbuka puasa di sebuah restoran ikan bakar yang terkemuka di Selangor.

 
Sewaktu itu saya bekerja di Hotel Dynasty Kuala Lumpur. Dengan bayaran lebih kurang RM40 seorang, saya menghadiri majlis tersebut. Saya kurang ingat berapa jumlah menu makanan yang disediakan, tapi yang pasti nasi, mee, air, buah-buahan, desert, kuih-muih dan pelbagai jenis makanan yang pelik-pelik dihidangkan di situ.

Pengalaman saya, sewaktu berbuka, macam biasalah kurma dan air adalah makanan pembuka selera. Sebaik sahaja menunaikan solat fardhu Maghrib, saya dan sahabat saya, Mas, pergi semula ke restoran untuk menyambung menjamah juadah berbuka puasa yang pelbagai.

Saya amik makanan serba sedikit dengan hasrat dapat merasa semua makanan. Mas juga begitu. Malangnya, tak sampai pun merasa lima jenis makanan, perut saya mula terasa sesak untuk dimasuki makanan lagi. Akhirnya, saya berhenti menikmati apa-apa juga makanan kecuali air kosong untuk melawaskan perut.

Demikianlah pengalaman berbuka puasa dengan nilai buffet ramadhan. Bukan saja nikmat berbuka yang dapat, nikmat membazir pun terasa. Sejak dari tu, saya akan berfikir-fikir kalau nak pergi ke buffet Ramadhan.

Bersama sahabat saya, Mas.

Sunday 28 July 2013

Panduan Selamat Untuk Seks Ketika Hamil Menurut Pakar

Hubungan seks adalah keperluan bagi pasangan yang bergelar suami dan isteri. Namun bagaimana jika isteri sedang hamil? 




Apakah perkara-perkara yang harus diberi perhatian? 

Setiausaha Agung Pengurus Kebangsaan Persatuan Seksologi Indonesia (ASI), Dr. Bona Simanungkalit menjelaskan bahawa wujud dua pandangan berhubung perkara ini. 

Pertama, beberapa pakar berpendapat sebaik-baiknya air mani atau sperma tidak dikeluarkan di dalam faraj pada tiga bulan pertama (trimester pertama) dan tiga bulan terakhir (trimester ketiga) kehamilan.

Alasan bagi pendapat itu ialah sperma mengandungi prostaglandin yang boleh melebarkan mulut rahim atau serviks. Keadaan ini dikhuatiri akan mengakibatkan keguguran," jelas doktor yang berpejabat di Puri Matahari Persada di Jalan Laladon Raya, Bogor. 

Pendapat kedua mengatakan hubungan seksual ketika hamil boleh dilakukan pada bila-bila masa asalkan kedua-dua pihak mahu melakukannya. Suami tidak harus memaksa isteri untuk melakukan hubungan seks sekiranya si isteri tidak mahu. Kesimpulannya, hubungan seks boleh dilakukan asalkan kedua-dua pihak berasa selesa. 

"Pendapat saya pula bergantung kepada keadaannya," ujar doktor Bona. "Sekiranya wanita yang hamil itu tidak sihat dan sering keguguran, si suami dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan air mani atau sperma ketika melakukan seks." 

Apakah kesan sperma itu boleh diselesaikan dengan penggunaan kondom?  Sudah tentu. Namun doktor yang pernah mengikuti pengajian Seksologi di Fakulti Perubatan Udayana, Denpasar ini berkata, tidak semua lelaki mahu memakai kondom ketika melakukan hubungan seks.

Justeru setiap wanita hamil harus berjumpa doktor, bukan hanya untuk memantau keadaan kandungannya tetapi juga bagi mendapatkan nasihat berkaitan seksualiti.  Jika perlu, berjumpalah dengan pakar psikologi kerana wanita yang baru pertama kali hamil biasanya tidak selesa dengan perubahan pada tubuhnya.  Selain dapat mengetahui tentang keadaan dan perkembangan kehamilannya, dia juga boleh mendapatkan pandangan doktor mengenai hubungan seks yang selamat. 

Menurutnya lagi, hubungan seks ketika hamil adalah bermanfaat kerana kehidupan seks adalah keperluan naluri setiap makhluk hidup. Melakukan hubungan seks adalah hak bagi setiap pasangan suami isteri, dan selesa menikmatinya dengan penuh kasih sayang. 

Namun Dr. Bona mengakui bahawa ada lelaki yang enggan melakukan hubungan seks ketika kandungan isterinya semakin membesar.  Tanpa disedari sikapnya itu boleh menyinggung perasaan isteri.

"Cuba bayangkan, bagaimana perasaan isteri apabila suaminya mengelak daripada melakukan hubungan seks?" katanya. 

Menyentuh tentang posisi ketika melakukan hubungan seks,  "Sebaik-baiknya pilihlah kedudukan yang selesa untuk ibu yang sedang hamil. Misalnya, kedudukan yang selesa agar perutnya tidak tertekan." 

Melakukan hubungan seks tidak akan memberi kesan pada bayi yang dikandung kerana di dalam perut ibu,  bayi selamat dilindungi air ketuban. Hubungan seks juga tidak akan meninggalkan tompok sperma pada tubuh bayi, seperti sangkaan ramai orang. 

Sepanjang tempoh kehamilan ketika kedudukan kepala bayi masih di atas hubungan seks secara selesa masih boleh dilakukan. Namun apabila kepala bayi sudah berada pada kedudukan yang sesuai untuk kelahiran atau laluannya sudah terbuka, maka sebaik-baiknya elakkanlah daripada melakukan hubungan seks. 

Justeru tiada masalah untuk melakukan hubungan seks ketika hamil, kerana ada cecair ketuban yang dapat melindungi bayi dalam kandungan. "Tetapi, apakah kita masih mahu melakukan hubungan seks sedangkan bayi yang dikandung bakal dilahirkan pada bila-bila masa? Seelok-eloknya,  tunggulah dulu sehingga bayi itu selamat dilahirkan," ujar Dr. Bona- Yahoo Entertainment Malaysia

Ihsan dari http://rossacalla.blogspot.com/2013/05/panduan-cara-selamat-hubungan-seks.html#axzz2aPbeHG8d