Thursday 22 August 2013

Posting First Job - Jabatan Teknologi Maklumat Hospital Serdang

22 Ogos 2013
Hari ni hari kedua saya mula melaksanakan tugas sebagai PPTM di Jabatan Teknologi Maklumat di Hospital Serdang. Itu pun setelah dua hari berada di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya untuk mengambil surat penempatan.  Mujurlah saya ditempatkan di negeri Selangor. Tak payah susah-susah fikir untuk pindah rumah lagi.

Syukur, lebih kurang pukul 10 pagi melaporkan diri di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di Shah Alam semalam (21 Ogos 2013), officer tu terus keluarkan surat penempatanku di Hospital Serdang. Kelewatanku lapor diri sekaligus menutup peluangku untuk dapat penempatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Hmm, by the way, saya lewat sebab sesat jalan. Hmmmm, letih betul. Kesian bonda mertuaku yang amat mengharapkan aku dapat posting ke sana. Hmmm, sorry mom. Allah lebih mengetahui hikmahnya.

Environment di ITD, Hospital Serdang nampak best. tak terlalu ramai orang. Semuanya mesra alam.

Bila menjejakkan kaki ke sini, satu perasaan aneh menyelubungi diriku. Yang pasti, itu bukan perasaan gembira seperti kebanyakan orang menjelang hari pertama lapor diri. Ianya satu keinsafan yang sukar aku perkatakan. Bila mana terserempak dengan pesakit-pesakit yang berbagai-bagai rupa, aku jadi terbanding diriku dengan mereka. Untungnya aku. Sihat dari pelbagai aspek. Mampu bergerak untuk mencari bukan sesuap, malah bersuap-suap nasi untuk keluargaku. 

Saat itu, terbit di hatiku mengharapkan agar aku dapat menjadi pekerja yang lebih bagus dan dapat menyumbangkan sesuatu kepada organisasi. Mudah-mudahan ianya jadi ibadah yang dapat saya persembahkan kepadaNya kelak.

Thanks Allah for sending me here..  

No comments:

Post a Comment