Monday 29 July 2013

Buffet Ramadhan

Kali ini saya ingin tulis sesuatu tentang buffet Ramadhan. Tahun 2011 yang lalu, saya pernah menghadiri majlis berbuka puasa di sebuah restoran ikan bakar yang terkemuka di Selangor.

 
Sewaktu itu saya bekerja di Hotel Dynasty Kuala Lumpur. Dengan bayaran lebih kurang RM40 seorang, saya menghadiri majlis tersebut. Saya kurang ingat berapa jumlah menu makanan yang disediakan, tapi yang pasti nasi, mee, air, buah-buahan, desert, kuih-muih dan pelbagai jenis makanan yang pelik-pelik dihidangkan di situ.

Pengalaman saya, sewaktu berbuka, macam biasalah kurma dan air adalah makanan pembuka selera. Sebaik sahaja menunaikan solat fardhu Maghrib, saya dan sahabat saya, Mas, pergi semula ke restoran untuk menyambung menjamah juadah berbuka puasa yang pelbagai.

Saya amik makanan serba sedikit dengan hasrat dapat merasa semua makanan. Mas juga begitu. Malangnya, tak sampai pun merasa lima jenis makanan, perut saya mula terasa sesak untuk dimasuki makanan lagi. Akhirnya, saya berhenti menikmati apa-apa juga makanan kecuali air kosong untuk melawaskan perut.

Demikianlah pengalaman berbuka puasa dengan nilai buffet ramadhan. Bukan saja nikmat berbuka yang dapat, nikmat membazir pun terasa. Sejak dari tu, saya akan berfikir-fikir kalau nak pergi ke buffet Ramadhan.

Bersama sahabat saya, Mas.

No comments:

Post a Comment